Write For Us

220819 Lembaga disiplin PKR Tiada tindakan terhadap Azmin tak hadir mesyuarat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
87 Views
Published
PKR tidak mengeluarkan sebarang surat peringatan kepada timbalan presidennya, Mohamed Azmin Ali yang dilaporkan gagal menghadiri beberapa mesyuarat biro politik parti itu.
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Ahmad Kassim, berkata pada masa ini pihaknya tidak mempunyai sebab munasabah untuk mengambil tindakan terhadap Mohamed Azmin.
“Tidak ada surat peringatan yang kita keluarkan kepada timbalan presiden, sebab dia tidak buat apa-apa (perkara) yang perlu kita keluarkan surat minta penjelasan.
“Urusan (tidak hadir mesyuarat) itu bukan urusan atau bidang Lembaga Disiplin, itu urusan Setiausaha Agung PKR (Saifuddin Nasution Ismail),” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Biro Politik PKR, di Petaling Jaya, hari ini.
Ahmad ditanya mengenai ketidakhadiran Mohamed Azmin pada beberapa mesyuarat PKR, sebelum ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment