Penangkapan ketua setiausaha (KSU) sebuah kementerian tidak dapat menutup rasa kecewa yang diluahkan oleh bekas pengarah bahagian operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohd Zin.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini berkata penahanan KSU bergelar 'Datuk' itu sebenarnya menguatkan keluhan Bahri yang dipetik sebagai berkata 'amat berdosa kepada seluruh 30 juta rakyat Malaysia kerana kes SRC tidak boleh dibawa ke mahkamah'.
Malah, katanya, penahanan KSU itu sebenarnya menimbulkan tanda-tanya mengapa SPRM dapat bertindak kepada penjawat awam dengan mudah tapi tiada tindakan yang serupa ke atas kes besar seperti SRC International yang menurutnya, melibatkan nama-nama ahli politik berjawatan tinggi.
Tuan Ibrahim berkata tindakan SPRM itu mengundang pelbagai soalan di minda rakyat.
Antaranya, siapa yang menghalang kes SRC dan siapa pula memberikan lampu hijau kepada penahanan KSU?

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment