Write For Us

Adi Putra, Jovian kini bergelar 'Datuk'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
158 Views
Published
Pelakon popular Singapura, Adi Putra antara selebriti yang dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang - Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Datuk pagi tadi.
Selain Adi Putra, pereka fesyen, Jovian Mandangie yang dianugerahkan Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang turut membawa gelaran Datuk.
Memetik Harian Metro, mereka antara 50 penerima yang dipilih untuk menerima anugerah sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang hari ini.
Majlis penganugerahan itu berlangsung di Balairung Seri, Istana Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment