Write For Us

Wanita Vietnam bergelar 'Datuk' dalang sindiket - SPRM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
112 Views
Published
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melancarkan Ops Armada berkenaan pencerobohan nelayan asing di perairan Malaysia.
Ketika satu sidang media khas Oleh SPRM di ibu pejabatnya hari ini, Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Dzulkifli Ahmad mengumumkan penangkapan seramai 22 individu terdiri daripada 7 warga vietnam yang salah seorangnya bergelar Datuk, 6 penjawat awam (5 penjawat APMM, seorang Jabatan Perikanan Negeri).
"Salah seorang wanita warga Vietnam telah diberi anugerah Datuk merupakan salah seorang 4 kepala sindiket yang besar yang menguasai perairan sebelah Laut China Selatan" kata Dzulkifli.
Dalam operasi siasatan yang dibuat juga, SPRM merampas wang tunai berjumlah RM 1.9 juta iaitu wang rasuah yang dibayar serta membekukan 44 akaun bank berjumlah RM 2 juta.
Berdasarkan statistik APMM sejak 2006 hingga 3 November 2017 sebanyak 1,063 buah bot nelayan asing bersama 8,898 krew termasuk warga Vietnam, Thailand dan Indonesia telah ditahan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment