Write For Us

Kes Adib: Rayer persoal kenapa 12 suspek tidak dituduh kesalahan membunuh

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
75 Views
Published
Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer hari ini mempersoalkan mengapa 12 suspek yang disyaki terlibat dalam kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim tidak dituduh atas kesalahan membunuh.

Beliau mendakwa Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin memberikan kenyataan yang mengelirukan semalam mengenai tuduhan melakukan perhimpunan haram, sedangkan pertanyaannya adalah mengenai tuduhan membunuh.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Ismail Mohamed Said bagaimanapun mempertahankan Hamzah dan meminta Rayer menunggu keputusan Jabatan Peguam Negara berkaitan pertuduhan itu dan syor diadakan inkues baru.

Speaker Azhar Harun juga tidak menganggap pernyataan Hamzah mengelirukan berdasarkan sesi semalam tetapi mengatakan Rayer berhak mengajukan usul merujuk menteri itu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment