Speaker Dewan Rakyat (National Assembly) Korea Selatan, Chung Sye-kyun hari ini memuji kerajaan Malaysia kerana bertindak adil dan munasabah dalam menguruskan isu berkaitan pembunuhan warganegara Korea Utara, Kim Jong-nam.
"Saya rasa kerajaan Malaysia bertindak adil dan munasabah ketika mengendalikan dengan perkara ini.
"Pertama sekali, saya berharap rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara, mereka patut balik ke Malaysia segera," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Parlimen, hari ini.
Selain itu, ditanya tentang dakwaan Korea Utara yang mengatakan Korea Selatan bersekongkol dengan Malaysia dalam kes pembunuhan abang Kim Jong-un itu, Sye-kyun sekali lagi berkata:
"Kerajaan Malaysia telah mengendalikan perkara ini dengan adil dan munasabah.
'Saya mempunyai keyakinan bahawa kerajaan Malaysia akan kekal dengan pendirian tersebut pada masa akan datang dan saya rasa semuanya akan kembali kepada sedia kala tidak lama lagi," katanya.
Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol sebelum ini berkata, negaranya tidak mempercayai cara Malaysia menguruskan siasatan pembunuhan Jong-nam dan menuduh Malaysia bersekongkol dengan kuasa luar- yang merujuk kepada musuhnya Korea Selatan.
Malah, Pyongyang turut meluahkan rasa tidak yakin ke atas siasatan yang dijalankan oleh pasukan polis Malaysia berhubung kematian Jong-nam.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment