Write For Us

Malaysia sasar pelaburan teknologi tinggi Korea Selatan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
68 Views
Published
Malaysia menyasarkan untuk menarik lebih banyak
pelaburan berteknologi tinggi dari Korea Selatan, susulan
hasrat negara itu untuk memfokuskan semula
pandangannya ke rantau ASEAN.
Walaupun Vietnam muncul sebagai negara yang mendapat
manfaat utama daripada pembaharuan minat oleh Seoul itu,
Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, Datuk Mohd Ashri
Muda, berkata Malaysia juga tidak terlepas daripada
menerima limpahannya.
Beliau bercakap kepada pemberita Malaysia, menjelang
ketibaan Tun Dr Mahathir Mohamad ke bandar pelabuhan
selatan Korea itu.
Perdana Menteri tiba di Pangkalan Udara Gimhae jam 7.20
malam waktu tempatan (jam 6.20 petang waktu Malaysia),
diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, bagi menyertai
Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Republik Korea (ROK)
yang berlangsung Isnin, 25 November.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment