Write For Us

Kes Nik Elin: 'Keputusan hakim tepat' - Khairy

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
24 Views
Published
Ringkasan Mahkamah Persekutuan yang dikeluarkan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat adalah tepat dan betul kata bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin melalui sesi podcast Keluar Sekejap.

Tambah Khairy, Mahkamah Persekutuan juga tidak boleh disalahkan kerana tanggungjawab mereka adalah untuk mendengar pempetisyen untuk membincangkan sama ada sesebuah undang-undang itu sah atau tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan majoriti 8-1 pagi ini membenarkan petisyen peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anak perempuannya Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman untuk membatalkan kesahihan peruntukan jenayah syariah negeri.

Sumber video:
https://www.youtube.com/watch?v=mmS2YBuiy6M
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment