Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menepis sekeras-kerasnya kenyataan Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan yang mengatakan undang-undang syariah Islam di negeri lain tergugat susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lepas memutuskan 16 kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 batal dan tidak sah.
Malah, KJ juga meluahkan kekecewaan terhadap lontaran kata-kata yang tidak sepatutnya diungkapkan daripada seorang bekas menteri yang pernah memegang portfolio di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) suatu ketika dahulu.
KJ berpandangan isu kemenangan pasangan anak-beranak ini tidak seharuskan dijadikan modal untuk berpolitik yang jelas memperlihatkan sekali lagi pimpinan parti blok pembangkang masih menyentuh isu membabitkan 3R dalam mencari kesalahan dan kelemahan kerajaan.
Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=mmS2YBuiy6M

- Category
- TV Saluran - TV Channel
- Tags
- Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment