Write For Us

Kes pekerja positif: KKM saran syarikat saring kakitangan sebelum kembali bekerja

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
53 Views
Published
Kementerian Kesihatan menyarankan syarikat-syarikat untuk membuat ujian saringan Covid-19 ke atas kakitangan mereka sebelum dibenarkan kembali bekerja.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini berikutan terdapat pengesanan kes positif melibatkan seorang pekerja wanita dari Perak yang tidak menunjukkan sebarang gejala sebelum mula bekerja.

Wanita itu dikesan dengan jangkitan positif yang lemah setelah menjalani ujian saringan Covid-19 yang merupakan syarat yang telah ditetapkan oleh majikannya di Johor.

Kata Noor Hisham, kes itu dapat dikesan kerana syarikat wanita itu telah melaksanakan SOP yang baik yang kemudiannya membolehkan pihak berkuasa kesihatan mengasingkan dan merawat wanita tersebut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment