Write For Us

Ketua Pemuda PKR menang saman

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
111 Views
Published
Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan saman difailkan Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan kerajaan Malaysia berhubung pendakwaan berniat jahat susulan penahanannya sebanyak dua kali di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan itu dengan alasan bahawa pihak defendan iaitu Abdul Gani dan kerajaan Malaysia gagal menyangkal dakwaan Nik Nazmi yang merupakan Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat selaku plaintif bahawa pendakwaannya kali kedua mempunyai unsur niat jahat.
Memetik laporan Bernama, mahkamah memerintahkan kedua-dua defendan membayar ganti rugi khas untuk menampung kos guaman sepanjang tempoh pendakwaan sebanyak RM80,000, ganti rugi am sebanyak RM100,000 dan ganti rugi teladan sebanyak RM50,000 serta kos sebanyak RM10,000 kepada Nik Nazmi.
Beliau berkata pihak defendan hanya memanggil dua saksi iaitu timbalan pendakwa raya dan pegawai penyiasat bagi kes berkenaan ketika perbicaraan, manakala defendan pertama iaitu Abdul Gani tidak hadir untuk memberi keterangan.
Ahmad Zaidi berkata tindakan defendan pertama yang mengarahkan pendakwaan kali kedua diteruskan walaupun selepas Mahkamah Rayuan memutuskan ia tidak berperlembagaan dan ketika rayuan di Mahkamah Persekutuan masih dalam proses, adalah tidak menghormati keputusan mahkamah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment