Write For Us

Khairuddin merayu pada Agong di Istana Negara

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
139 Views
Published
Bekas pemimpin UMNO, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan merayu kepada Yang di-Pertuan Agong melalui Majlis Raja-Raja supaya bertindak atas keluhan rakyat dalam menangani masalah isu negara seperti rasuah dan salah guna kuasa.
Khairuddin berkata demikian dalam sidang media bersama sejumlah 40 peserta 'Rakyat Tuanku' yang mengadakan himpunan aman di hadapan Istana Negara pagi ini.
Himpunan aman itu dibuat bagi menggesa raja-raja Melayu terus campur tangan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Gesaan itu dibuat ketika Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-242 berlangsung hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment