Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kesal kerana tidak berterus terang dengan bekas presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tentang akar umbi yang menolak parti itu, selepas bekas timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dipecat.
Menerusi satu temubual eksklusif yang dipetik oleh Channel News Asia, Khairy menjelaskan Umno tidak boleh membiarkan pemimpin terpisah dari realiti dan tidak menyoal soalan yang sukar.
Tambah Khairy lagi, jika Umno meneruskan pemikiran feudal untuk melindungi pemimpin dari daripada kebenaran, maka parti keramat melayu itu akan pupus.
Kedua-dua Muhyiddin dan Shafie digugurkan dari barisan kabinet Najib selepas mereka lantang mengkritik secara terbuka skandal 1MDB.
Muhyiddin kemudian membuat kemunculan semula dengan menjadi Presiden BERSATU, yang menjadi komponen pakatan Pakatan Harapan, manakala Shafie pula menerajui Parti Warisan Sabah.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment