Write For Us

Khairy persoal Harapan Coin tanpa kelulusan BNM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
120 Views
Published
Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin hari ini mempersoalkan usaha Pakatan Harapan (PH) memperkenalkan mata wang kripto memandangkan ia setakat ini belum diluluskan Bank Negara Malaysia (BNM).
"Cryptocurrency ini setahu saya masih tidak menerima sebarang kelulusan daripada BNM, disebabkan mata wang kripto ini masih dilihat sebagai satu aset yang berisiko tinggi, tidak diasaskan kepada apa-apa aset atau jaminan daripada kerajaan, atau mana-mana kerajaan.
"Saya difahamkan bahawa ada cadangan daripada PH untuk memperkenalkan mata wang kripto, atas nama Harapan Coin. Ini satu inisiatif baru dan belum dapat kelulusan BNM," katanya ketika perbahasan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini.
Khairy berkata terdapat laporan yang mengatakan bahawa Harapan Coin telah mula dijual seperti dinyatakan dalam laman webnya dan didagangkan pada kadar AS$40 bagi 100 unit.
"Saya ingin tahu apakah operasi ketika ini dijalankan secara tidak sah, kerana belum dapat kelulusan BNM, dan apakah tindakan yang akan diambil memandangkan mata wang kripto ini dijual di atas nama parti kerajaan," kata Khairy.
Sebelum ini Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad dilapor berkata beliau akan mencadangkan penggunaan Harapan Coin kepada Bank Negara dan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata mata wang kripto boleh digunakan dalam transaksi kerajaan seperti pembayaran lesen, saman dan pelbagai lagi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment