Write For Us

Kim Swee tuntut serangan lebih tajam

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
83 Views
Published
Pengendali skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee menuntut jentera serangannya untuk tampil lebih tajam dalam misi mencipta kemenangan pertama menjelang pertembungan dengan Filipina untuk aksi kedua Kumpulan A Sukan SEA 2019, Jumaat ini.
Pengendali berusia 49 tahun itu berkata, penting untuk anak buahnya terutama jentera serangan tidak mengulangi skrip sama ketika seri 1-1 dengan Myanmar pada aksi pertama, semalam yang menyaksikan beberapa peluang terhidang bagi meledak gol khususnya di babak kedua gagal dimanfaatkan.
Pada aksi dengan Myanmar di Stadium Rizal Memorial itu, Kim Swee yang tampil dengan formasi 3-4-3 mempertaruhkan trio Hadi Fayyadh Abdul Razak, Akhyar Rashid dan Luqman Hakim Shamsuddin di bahagian serangan skuad negara.
Bagaimanapun, hanya Hadi Fayyadh yang berjaya menjaringkan gol pada minit ke-24 sekali gus memadam gol pendahuluan Myanmar menerusi Soe Moe Kyaw 10 minit sebelum itu.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment