Write For Us

Lebih 300 wanita berarak tuntut lindungi hak

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
85 Views
Published
Lebih dari 300 orang menyertai perarakan Women’s March hari ini, yang bermula pada pukul 10 pagi di Kompleks Beli Belah Sogo dan berakhir di hadapan jambatan Sungai Life di Dataran Merdeka kira-kira 12:30 petang.
Lima tuntutan perarakan itu adalah untuk:
Tamatkan segala keganasan berdasarkan jantina dan orientasi seksual,
Tolak semua perkahwinan kanak-kanak,
Memastikan hak dan kebebasan wanita untuk membuat pilihan atas tubuh dan nyawa mereka sendiri,
Memastikan gaji minimum yang bernilai RM1,800
Memusnahkan patriarki dan membina demokrasi tulen di semua peringkat masyarakat
Polis, Suhakam dan Suaram memantau perarakan ketika para peserta melaungkan "patriarki pergi mati", "wanita bangkit" dan "hentikan budaya rogol".
Antara isu lain yang diserlahkan ialah keganasan rumah tangga dan hak-hak pelajar universiti perempuan, wanita Orang Asli, wanita pelarian, pekerja rumah tangga wanita, LGBTQ dan pekerja seks.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment