Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Selangor menegaskan inisiatif baru kerajaan negeri Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) adalah lebih baik berbanding skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Dr Daroyah Alwi berkata ini kerana KISS memperuntukkan RM2,400 setahun kepada golongan ibu berbanding RM1,200 yang diperuntukkan kerajaan pusat kepada penerima BR1M.
"Para ibu dapat berbelanja RN200 setiap bulan sepanjang tahun dengan jumlah RM2,400 setahun berbanding BR1M yang hanya RM1,200 setahun.
“Dan BR1M diterima oleh ketua keluarga atau para bapa dan bukannya golongan ibu.
"Jadi sering kali kita dengar keluhan para ibu apabila perbelanjaan keluarga ini tidak dapat sepenuhnya kerana para bapa telah membelanjakannya terlebih dahulu," kata Daroyah.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa itu berkata demikian bagi menjawab soalan dibangkitkan ADUN Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar dalam sesi penggulungan perbahasan Belanjawan Selangor 2018 di Shah Alam, hari ini.
Rosni sebelum itu membangkitkan soalan yang menyatakan KISS meniru BR1M.
Mengulas lanjut, Daroyah berkata KISS bukan sahaja membantu para ibu sebaliknya merupakan penghormatan kepada golongan berkenaan.
"Dengan pengenalan KISS ini kerajaan negeri memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada golongan ibu untuk membuat keputusan dan mempunyai kuasa membeli dalam urusan keperluan keluarga dan anak-anak,” kata Daroyah.
KISS diperkenalkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali sebagai inisiatif baru kerajaan negeri ketika membentangkan Belanjawan Selangor pada 3 November lalu.
Bantuan itu dikhususkan kepada keluarga berpendapatan RM2,000 ke bawah dan setiap ibu yang layak akan menerima bantuan RM2,400 setahun atau bersamaan RM200 sebulan.
Pelaksanaan KISS adalah sebahagian daripada Inisiatif Peduli Rakyat yang akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri dengan implikasi kewangan sebanyak RM 72 juta.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment