Write For Us

Kita dah tawar rumah, kos pemindahan dan sudah berbincang

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
58 Views
Published
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari secara sinis mengucapkan terima kasih kepada pihak yang “menangguk di air keruh” dalam isu perobohan rumah di Paya Jaras, Sungai Buloh.
Jelasnya, biarpun ada pihak yang bermain politik dalam isu itu, kerajaan negeri sebenarnya telah menawarkan bantuan untuk urusan pemindahan penduduk di kawasan tersebut sebelum ini.
“Kerajaan negeri dah tawarkan rumah, dah tawarkan kos pemindahan dan sebagainya, dan perbincangan telah dilakukan.
“Tapi ada mereka yang ingin menangguk di air yang keruh (jadi) saya ucapkan terima kasih. Silakan untuk main politik," katanya pada sidang media selepas merasmikan Akademi Kepemimpinan Wanita Selangor di Shah Alam semalam.
Difahamkan kerajaan negeri mahu merobohkan petempatan di kawasan itu untuk projek pelebaran Sungai Kedondong di Paya Jaras Hilir bagi mengelakkan banjir kilat yang sering berlaku.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment