Write For Us

'Kita tidak mulakan kempen untuk boikot McD' - Pengerusi BDS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
59 Views
Published
Kempen boikot terhadap McDonalds bukan dipelopori oleh gerakan BDS tetapi dimulakan oleh rakyat Malaysia, kata pengerusinya Prof Mohd Nazari Ismail.

Tambah Nazari ketika ditemui di piket 'Kepung Demi Palestin' semalam berkata, gerakan tersebut tidak menghasut rakyat Malaysia untuk melakukan boikot namun menyokong usaha mereka yang menggerakkan kempen secara organik.

BDS sebagai sebuah kumpulan yang menyokong pemboikotan terhadap jenama antarabangsa utama sebagai tindak balas kepada pencerobohan Israel ke atas Gaza berdepan tuntutan RM6 juta atas kerugian yang dialami oleh rangkaian makanan segera McDonalds.

Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (GAR), pemilik francais McDonalds di Malaysia, menuntut jumlah kerugian hasil (RM3 juta), pampasan untuk pekerja yang diberhentikan (RM1.5 juta) dan bahan tamat tempoh (RM1.5 juta).
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment