Pengerusi jawatankuasa pemilihan PKR, Rashid Din meminta semua calon pemilihan parti itu untuk berkempen berdasarkan merit dan bukannya bergantung kepada sokongan daripada "puak" mereka dalam parti.
"Kami sedar ada yang berpuak-puak. Mana-mana komuniti pun akan ada mempunyai puak.
"Apa yang saya nak katakan adalah kurangkanlah sedikit.
"Kita nak pilih pemimpin terbaik," kata Rashid pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.
Ahad lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim diumum memenangi jawatan presiden PKR tanpa bertanding.
Perhatian kini tertumpu kepada dua calon bagi jawatan timbalan presiden PKR antara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mempertahankan jawatan itu dan pencabarnya, Rafizi Ramli.
Kedua-dua pemimpin PKR itu memiliki pasukan atau kem mereka sendiri.
Selain timbalan presiden, kedua-dua kem ini akan bertanding bagi merebut empat jawatan naib presiden dan jawatan dalam sayap parti.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment