Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menafikan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat “pusingan U” berhubung keputusan kerajaan tidak akan mengambil alih pembentangan usul meminda Akta 355 di parlimen.
Katanya, isu itu tidak timbul kerana keputusan yang diumumkan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi BN malam semalam selaras dengan semangat konsensus gabungan parti pemerintah itu.
“Keputusan dibuat oleh BN adalah berdasarkan perbincangan di kalangan pimpinan di mana kita perlu menghormati semangat konsensus.
“Jadi tidak ada apa-apa kaitan sama ada kita telah melaksanakan pusingan U ataupun tidak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri dialog perdana transformasi nasional 2050 (TN50) di Putrajaya, hari ini bersama Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani.
Khairy yang juga adalah menteri belia dan sukan berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa Najib dan Umno memungkiri janji untuk mengambil alih pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
Beliau yang juga adalah ketua pergerakan pemuda BN, berkata pendirian itu diambil berdasarkan perbincangan dalam kalangan pimpinan parti, selain menghormati suara dan pandangan parti komponen BN.
"Soal sama ada kita terus dengan pembentangan RUU terbabit mesti tertakluk kepada dasar BN iaitu konsensus.
"Apabila konsensus tidak berapa jelas, kita perlu konsisten dengan dasar BN dan kita tidak boleh teruskan kalau tidak mendapat konsensus," katanya
Semalam, Najib selaku pengerusi BN berkata Mesyuarat Dewan Tertinggi BN memutuskan kerajaan tidak akan membentangkan RUU 355.
Keputusan itu, katanya, selaras dengan amalan BN yang akan membuat keputusan berdasarkan konsensus bersama parti komponen.
Sehubungan itu, Najib berkata, pembentangan RUU 355 akan kekal sebagai rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment