Write For Us

Najib tempelak Tun M 'u-turn' mengenai GST

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
109 Views
Published
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menggesa Pakatan Harapan untuk berhenti mengelirukan rakyat dengan janji untuk menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan menggantikannya dengan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang lebih tua.
Dalam catatan terbaru diblog, Najib berkata ini kerana SST adalah sistem lapuk yang secara tidak langsung boleh membebankan rakyat, tidak seperti GST yang lebih telus.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata jika pembangkang benar-benar ikhlas untuk menghapuskan GST maka janganlah berbohong kepada rakyat dengan mengatakan mahu menggantikan dengan sistem SST yang sudah ketinggalan zaman.
Beliau juga berkata memansuhkan GST dan kembali ke SST adalah sama seperti menggantikan 'roda bulat dengan roda berbentuk petak'
Najib turut menempelak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana pada masa lalu mengakui bahawa GST adalah lebih baik daripada SST kerana dizaman pantadbiran Mahathir sendiri telah mengesorkan supaya Malaysia menaik taraf sistem GST.
Najib terus menuduh Mahathir melakukan satu lagi "u-turn" atau mengubah pendirian pelaksanaan GST untuk mengemis undi
Di bawah sistem SST, penjual tidak perlu menyatakan jumlah cukai dalam resit dan pengguna berisiko ditipu oleh peniaga untuk dikenakan kadar cukai yang tinggi. Bukankah ini satu pembohongan? tanya Najib
Tambah Najib lagi, tidak seperti GST kadar yang tetap adalah 6 peratus.
Oleh itu, Najib mencabar Pakatan Harapan untuk menghapuskan sahaja cukai barangan dan menyatakan di mana mereka mahu menampung kekurangan hasil minyak sebanyak RM40 bilion setahun.
Harapan bersumpah akan memansuhkan GST dalam masa 100 hari untuk mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya umum ke-14 yang akan datang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment