Peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah mempersoalkan sama ada pihak pendakwaan telah beralih dari “meminda” kepada “tidak meminda” dalam pertuduhan terhadap anak guamnya Najib Razak.
“Sebelum ini ia berkaitan pindaan. Jika kamu pinda laporan audit, bermakna ia sudah muktamad.
"Tetapi ia masih (berstatus) draf,” katanya kepada pemberita di lobi Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini.
Shafee berkata pertuduhan hari ini bukan lagi berkaitan pindaan laporan itu.
“Pihak pendakwaan mengaku ia bukan lagi tentang pindaan.
“Ini tuduhan beliau (Najib) mengarahkan beberapa perkara dalam draf laporan (untuk dipinda) ketika draf itu masih disediakan,” katanya.
Shafee berkata ketua audit negara sebelum ini Ambrin Buang telah berkata tiada sesiapa pun mengarahkan melakukan sesuatu berkaitan laporan audit 1MDB.
Najib hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas pertuduhan menggunakan jawatannya dengan mengarahkan supaya Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC).
Arahan itu didakwa diberikan bagi mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.
Arul Kanda didakwa bersubahat dengan Najib.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment