Write For Us

Peguam Najib persoal pendedahan 1MDB oleh Gani, SPRM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
Peguam yang mewakili bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan bagaimana bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merancang untuk mendakwa Najib pada Julai atau Ogos 2015, tanpa merakamkan kenyataannya.
Satu sumber yang rapat dengan pasukan peguam Najib yang enggan dinamakan, memberitahu Malaysiakini bahawa mereka juga mempersoalkan sama ada SPRM benar-benar telah menyelesaikan siasatan terhadap Najib sebelum memutuskan untuk mendakwanya.
Sumber itu menyebut laporan media bahawa Gani memberitahu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 15 Mei lalu bahawa beliau merancang untuk mendakwa Najib pada tahun itu sebelum Gani disingkirkan dari jawatannya.
Di samping itu, kata peguam itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull pada sidang akhbar semalam juga berkata suruhanjaya anti-rasuah itu dan Gani juga merancang untuk memulakan prosiding terhadap Najib.
Bagaimanapun, kata sumber itu lagi, pada masa itu tiada kenyataan Najib yang telah dirakamkan oleh SPRM.
Kenyataan Najib direkodkan oleh SPRM pada bulan Disember 2015 dan semalam bekas perdana menteri mendedahkan bahawa sesi dengan SPRM semalam adalah sambungan lebih terperinci berhubung soal-siasat yang dijalankan pada 2015.
Amalan lazim dalam kes-kes jenayah adalah kenyataan tertuduh dirakam sebelum orang itu didakwa, bagi membolehkan pihak pendakwa menentukan sama ada, ada kes atau sebaliknya.
Selain itu, anggota pasukan peguam Najib juga mempersoalkan sesi sidang media oleh Shukri semalam, yang kelihatan prejudis kepada anak guamnya dan tidak sepatutnya berkata demikian menggunakan media.
Kata sumber itu, sekiranya Shukri mengatakan sesuatu yang umum adalah tidak mengapa. Tetapi dengan mendedahkan semua perkara itu, pada sidang media itu maka integriti dan kesaksamaan siasatan SPRM dipersoalkan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment