Write For Us

SPRM kena jelaskan isu Musa Aman, bukan Gani - Dr M

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
69 Views
Published
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak melihat wujud keperluan untuk mendesak bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail memberi penjelasan mengapa Tan Sri Musa Aman tidak didakwa sebelum ini.
Sebaliknya kata perdana menteri pihak yang 'berhutang' untuk memberi penjelasan ialah agensi yang menjalankan siasatan ke atas bekas ketua menteri Sabah terbabit iaitu SPRM.
Pada 5 Nov lalu bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram menyatakan rasa hairan apabila Musa tidak didakwa lebih awal selepas pemimpin Umno itu disiasat atas tuduhan rasuah dan ada bukti mencukupi untuk berbuat demikian.
Gopal ialah ketua pasukan pendakwaan yang bertindak bagi pihak Jabatan Peguam Negara dalam kes perbicaraan kes rasuah yang didakwa dilakukan Musa.
Semasa menyatakan pandangannya kepada Malaysiakini Gopal memetik nama Abdul Gani yang ketika itu menjadi peguam negara.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment