Write For Us

Musa Aman tiba di SPRM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
93 Views
Published
Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Putrajaya hari ini, dipercayai bagi memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lepas.
Beliau yang diiringi peguamnya kelihatan memasuki bangunan SPRM pada pukul 11.45 pagi menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire berwarna hitam.
Pihak media berkampung di hadapan ibu pejabat SPRM sejak pukul 9 pagi bagi menanti ketibaannya walaupun dalam keadaan hujan lebat sejak 10.30 pagi.
Musa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, dilaporkan meninggalkan negara ini pada 16 Mei lepas untuk menjalani rawatan perubatan di London.
Beliau dilaporkan pulang ke tanah air pada 21 Ogos lepas bagi menjalani rawatan lanjutan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.
Musa kembali ke Kota Kinabalu, Sabah semalam untuk mengangkat sumpah sebagai ADUN Sungai Sibuga di hadapan Speaker, Datuk Syed Abas Syed Ali.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment