Write For Us

KJ perli Selangor umum bonus 3 bulan pada penjawat awam

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
122 Views
Published
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mempersendakan janji-janji lain yang dibuat HARAPAN seperti pengumuman kerajaan Selangor untuk memberikan bonus tiga bulan kepada penjawat awam dalam Bajet 2018.
Bagaimanapun, dua pertiga daripada bonus itu sebenarnya telahpun dibayar sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Khairy berkata ini menunjukkan HARAPAN hanya memberikan harapan palsu untuk memenangi undi.
"Ini contoh terakhir - ibu segala kepalsuan, tipikal Pakatan Harapan palsu. Waktu Bajet 2018 dibentang, semasa PM umum bonus RM1,500 untuk semua penjawat awam, mereka perli kita. Kononnya sikit. Ketika membentangkan belanjawan di Selangor, mereka umumkan pula - Selangor bagi bonus tiga bulan.
"Tetapi seperti janji-janji manis Pakatan yang lain, bila kita dengar betul-betul, bila kita tengok fine print, ini yang sebenarnya. Duit itu sudah dibayar pun tahun ini," kata Khairy pada Perhimpunan Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment