Write For Us

KJ: Rakyat ubah sikap, mentaliti kalau mahu TN50 berjaya

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
146 Views
Published
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin melahirkan kebimbangan bahawa sikap rakyat Malaysia boleh menyebabkan Pelan Transformasi Negara 2050 (TN50) gagal.
Beliau memetik ucapan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Perhimpunan Agung Umno tahun 2002 dengan beliau melahirkan rasa kesal kerana gagal mengubah minda orang Melayu.
Beliau berkata demikian semasa majlis penutupan Sidang Kemuncak Kepimpinan Aspirasi Negara di Kuala Lumpur hari ini.
Ini, kata Khairy, terpakai kepada semua rakyat Malaysia.
Beliau turut memetik seorang lagi bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang pernah berkata rakyat Malaysia mempunyai kemudahan dunia pertama tetapi minda dunia ketiga.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment