Kerajaan negeri Johor menafikan pernah mengeluarkan kad identiti Bangsa Johor, seperti yang sedang tular di media sosial.
Setiausaha Kerajaan Johor, Azmi Rohani berkata setakat ini, tidak ada mana-mana pihak termasuk jabatan kerajaan negeri mengeluarkan kad berkenaan.
Azmi mengulas status seorang lelaki menerusi akaun Twitter semalam, yang memberi maklumat supaya rakyat Johor yang masih belum mempunyai kad berkenaan agar mendapatkannya segera.
Dalam kad itu turut dipaparkan nombor kad pengenalan Malaysia dan di bawahnya terdapat nombor identiti Bangsa Johor.
Selain itu, kad tersebut kononnya boleh dijadikan sebagai kad debit untuk membuat pembelian dan membeli-belah.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment