Write For Us

K'jaan pusat bukan orang luar, Dr M beritahu TMJ

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
84 Views
Published
Pulau Kukup, Johor harus dikekalkan sebagai hutan simpan paya bakau, tegas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau juga berkata kerajaan bukan “orang luar”, ketika mengulas kenyataan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menggesa golongan itu tidak menyibuk dalam hal ehwal negerinya.
“Rakyat Malaysia bukan orang luar, kerajaan persekutuan bukan orang luar.
“Kita bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di seluruh negara,” kata Mahathir ketika ditanya dalam sidang media di Putrajaya pagi ini.
Tunku Ismail semalam meminta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar tidak masuk campur dalam isu status Pulau Kukup kerana isu tanah bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Pada 8 Disember, Xavier berkata jemaah menteri berpandangan status Pulau Kukup sebagai Taman Negara perlu dikekalkan, dan penukaran statusnya boleh memberi kesan kepada pengiktirafan paya bakau itu sebagai kawasan berkepentingan antarabangsa.
Ia susulan warta bertarikh 24 September lepas berhubung pembatalan statusnya sebagai taman negara yang dilindungi.
Sebelum itu Tunku Ismail memberi penjelasan langkah itu bagi membolehkannya diklasifikasikan sebagai tanah kesultanan dan statusnya sebagai taman negara akan terus dikekalkan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment