SIAPA sangka dia yang dulunya tegas dan garang sebagai jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selama 12 tahun kini bergelar tukang jahit.
Baharudin Besar, 64, mengusahakan kedai mengubah suai atau alter seluar sejak setahun lalu bermula dengan menjahit seluar sendiri, anak dan saudara-mara terdekat yang selalu meminta pertolongannya.
Katanya, dia mula yakin membuka kedai jahit sendiri apabila ramai memuji kekemasan jahitan hasil kerjanya, selain untuk mengisi masa terluang dan mencari duit lebih.
“Ramai tidak menyangka apabila saya seorang yang dulunya tegas seperti komander kini bertemankan mesin jahit yang memerlukan kesabaran, ketelitian dan kelembutan bagi memastikan setiap jahitan kemas serta rapi.
“Saya tidak pernah mengambil kursus jahitan ataupun belajar menjahit daripada sesiapa pun, namun kemahiran ini hasil pengalaman menjahit seluar dan baju sendiri.
“Sekarang saya banyak menggunakan kelebihan teknologi yang ada dengan belajar menjahit melalui YouTube bagi memastikan kemahiran menjahit lebih baik,” katanya di kedai miliknya di Bazar Tok Guru di sini.
Baharudin yang juga bapa tiga anak berusia 21 tahun hingga 32 tahun itu, berkata, dia mengambil upah menjahit atau mengubah suai seluar RM6 hingga RM10 bergantung kepada permintaan pelanggan.
“Setiap hari saya mengubah suai lima atau enam helai seluar sama ada untuk dikecilkan saiznya atau dipotong bahagian kaki seluar. Alhamdulillah, setakat ini pelanggan saya sentiasa ada terutama ketika cuti sekolah.
“Ada juga pelanggan menegur saya kerana muka kelihatan garang mungkin kerana tuntutan kerja sebelum ini yang perlukan saya untuk tegas dan berdisiplin. Apabila ditegur saya hanya tersenyum kepada mereka.
“Bagaimana pun, saya tidak malu melakukan kerja menjahit kerana ini rezeki yang halal. Saya sendiri mula jatuh cinta dalam bidang jahitan dan akan meneruskannya selagi diberi kesihatan yang baik,” katanya yang berasal dari Kampung, Lundang di sini.
Dia turut menasihatkan anak muda yang sukar mendapatkan pekerjaan untuk menguasai sebarang kemahiran supaya dapat dijadikan punca pendapatan sendiri.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment