Write For Us

KOMEN ALIF SATAR SELEPAS DIKRITIK SEBAB BERLAKON FILEM PULAU

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
41 Views
Published
Pelakon, penyanyi dan pengacara popular Alif Satar, 32, melihat kritikan dan kecaman dari netizen mengenai pembabitannya dalam filem kontroversi, Pulau dari sudut yang positif dan lebih terbuka.
Menurut Alif, dia percaya ramai pihak yang mengkritik pembabitannya dalam filem itu kerana mereka belum pun menontonnya di pawagam tempatan.
"Saya ada baca komen dan kritikan dari netizen mengenai pembabitan saya dalam filem ini. Saya juga sudah bersedia menerimanya.
"Apapun, saya berharap mereka (netizen) menonton filem Pulau terlebih dulu dan mereka akan tahu pendirian saya serta menilai sendiri lakonan saya dalam filem itu,"katanya.
Alif ditemui pada tayangan perdana filem Pulau bersama wakil media yang berlangsung di sini, petang semalam.
Dalam filem arahan Euho yang akan ditayangkan bermula 9 Mac nanti, Alif bergandingan dengan barisan pelakon seperti Amelia Henderson, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Namron, Wan Hanafi Su dan ramai lagi. 
Mengenai pembabitannya dalam filem Pulau, kata Alif, dia tertarik untuk menerima tawaran berlakon dalam filem itu kerana skripnya yang bagus.
"Saya  mahu mengambil peluang ini untuk mendidik orang ramai bagaimana proses untuk berlakon sesebuah filem itu.
"Saya terima tawaran berlakon filem Pulau kerana penerbit memberitahu ia adalah filem seram dan bukan filem konsep lucah.
"Pada masa sama, penerbit juga beritahu, filem ini turut menampilkan pelakon senior yang saya hormati iaitu Namron dan Wan Hanafi Su,"katanya.
Mengulas dirinya yang dikenali dengan imej lelaki baik pada kalangan peminat, Alif berkata, dia tetap dengan pendiriannya menjaga batasan tertentu dalam lakonan.
"Saya tetap dengan pendirian sama sejak dulu. Watak Ben itu, hanyalah karakter lakonan saya dalam filem Pulau. Kalau saya berlakon karakter lelaki kahwin dua pun, peminat marah juga.
"Sebagai pelakon saya sudah menjalankan tanggungjawab saya dengan menjaga batasan dari segi aspek berpakaian dalam filem ini.
"Watak saya sebagai Ben tidak mendedahkan tubuh dalam filem ini sebaliknya lengkap berpakaian tapi bukan sebab saya nak tunjuk imej baik pun," katanya.
Dalam laporan terdahulu, trailer  filem Pulau mendapat kritikan dan kecaman dari pelbagai pihak kerana didakwa ada beberapa babak yang tidak sesuai dan  menyenangkan untuk ditayangkan di negara ini.
Selain daripada pemakaian yang agak seksi, ada juga beberapa babak pelakon lelaki yang tidak memakai baju dan pelakon wanita berbikini serta beberapa adegan yang dilihat agak panas untuk ditayangkan.

Terima kasih buat kalian yang sudi menonton, sudi LIKE, sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE!

???? ANDA JUGA BOLEH IKUTI BUDIEY DI:
□ Portal: https://www.budiey.com
□ Instagram: https://instagram.com/budiey
□ Twitter: http://twitter.com/budiey
□ Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
□ Youtube: http://youtube.com/budieychannel
□ Podcast:: https://anchor.fm/budieychannel
□ Vlog: https://cutt.ly/HnAOWsZ

❤️ HULURKAN DERMA SUMBANGAN UNTUK SUPPORT BUDIEY:-
□ https://www.patreon.com/budiey

MUSIC FOR YOUTUBE:
□ Music Epidermic: https://cutt.ly/ynFRaYe

EMAIL & CONTACT :
□ Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact:
[email protected]

MERCHANDISE BUDIEY:
□ Baju T: https://cutt.ly/9nAOnlc
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment