Write For Us

SELEPAS BERLAKON DRAMA NETFLIX IDAN AEDAN DAPAT OFFER BERLAKON DI INDONESIA & AUSTRALIA

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
41 Views
Published
Selepas menjayakan drama Mr Midnight: Beware The Monster siaran platform Netflix global, pelakon remaja, Idan Aedan, 19, turut menerima tawaran syarikat produksi dari Indonesia dan Australia.
Bagaimanapun, Idan atau nama sebenarnya, Muhammad Shahidan Abdullah berkata, tawaran dua produksi berbeza itu masih dipertimbangkan memandangkan skrip belum diterima.
"Alhamdulillah, ada tawaran dari produksi Indonesia dan Australia, tetapi masih dalam perbincangan. Saya masih perlu melakukan perundingan sebab skrip belum terima, jadi kena tunggu.
"Ini kerana sebagai pelakon beragama Islam, ada perkara boleh buat dan sebaliknya. Misalnya, berkaitan fizikal kena jaga.
"Setiap pelakon ada perspektif yang berbeza, jadi semuanya ini saya memang tekankan.
"Sebenarnya, saya juga tidak menjangka tawaran ini, mungkin ia impak lakonan saya menerusi Mr Midnight: Beware The Monster. Ini kerana drama ini mendapat tontonan meluas di Singapura dan Indonesia.
"Jadi, ia seolah-olah satu pendedahan buat saya," katanya kepada BH Online.
Idan ditemui pada majlis tayangan media filem terbaharu, Harum Malam, di sini, semalam.
Berkongsi mengenai filem Harum Malam arahan Dain Said itu, Idan bersyukur apabila lakonannya mendapat pujian pelakon senior yang turut membintangi filem berkenaan, lantas menjadikan ia sebagai motivasi untuk terus memberikan yang terbaik.
"Ini adalah filem seram pertama. Saya sangat bersyukur mendengar maklum balas baik, lebih lagi apabila mereka adalah idola saya terutamanya Bront Palarae.
"Saya banyak merujuk kepadanya selepas bekerjasama menerusi filem ini. Saya dapat tahu bahawa bekerja dengan Bront amat menyeronokkan. Alhamdulillah, saya diberikan peluang ini.
"Namun, jujurnya, saya hanya kenal wajah Dain Said yang mana saya tahu disebabkan filem Dukun.
"Saya sangat meminati filem berkenaan. Jadi, apabila dapat jadi sebahagian daripada filem ini dan bekerja dengan insan hebat membuatkan saya lebih bersemangat.
"Saya berharap mendapat lebih banyak peluang kerana saya tidak mahu berhenti belajar dan meneroka bidang lakonan," " katanya yang memegang watak utama sebagai Iqbal.
Selain Idan dan Bront, filem Harum Malam dibintangi Nadiya Nisaa, Remy Ishak, Joey Daud, Amanda Ang, Faizal Hussein dan Nabila Huda. Ia akan mula ditayangkan di pawagam mulai 9 Februari depan.
Filem seram terbitan Apparat Sdn Bhd dengan kerjasama Skop Productions dan D'Ayu Pictures itu mengisahkan pergelutan hidup Iqbal (Idan) yang juga remaja dan pelatih perubatan tradisional yang mampu melihat makhluk ghaib pada mata kasar.
Keupayaan luar biasa membuatkan Iqbal sering diganggu makhluk dan ancaman alam ghaib.
Terima kasih buat kalian yang sudi menonton, sudi LIKE, sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE!

???? ANDA JUGA BOLEH IKUTI BUDIEY DI:
□ Portal: https://www.budiey.com
□ Instagram: https://instagram.com/budiey
□ Twitter: http://twitter.com/budiey
□ Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
□ Youtube: http://youtube.com/budieychannel
□ Podcast:: https://anchor.fm/budieychannel
□ Vlog: https://cutt.ly/HnAOWsZ

❤️ HULURKAN DERMA SUMBANGAN UNTUK SUPPORT BUDIEY:-
□ https://www.patreon.com/budiey

MUSIC FOR YOUTUBE:
□ Music Epidermic: https://cutt.ly/ynFRaYe

EMAIL & CONTACT :
□ Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact:
[email protected]

MERCHANDISE BUDIEY:
□ Baju T: https://cutt.ly/9nAOnlc
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment