Write For Us

Komik BRI akan dirampas di pasaran

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
77 Views
Published
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan siasatan wajar dibuat selepas hasil laporan awal Bahagian Keselamatan Kementerian Dalam Negeri mendapati kandungan komik berkenaan mempunyai perkara tidak benar dan tindakan tegas wajar diambil.
Dia berkata komik itu sudah diedar dan dihantar ke sekolah, pihak KDN akan merampas komik yang berada di pasaran di dalam negara.
Rampasan komik itu tidak mengambilkira sentimen politik atau mana-mana pihak, tetapi kandungan komik itu yang dianggap serius.
Semalam, (KDN) mewartakan perintah larangan tiga penerbitan bertajuk ‘Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama’ serta versi bahasa Inggeris dan Cina melalui Warta Kerajaan P.U. (A)288/2019.
KDN dalam kenyataan hari ini menegaskan, warta perintah larangan itu adalah mengikut Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).
“Perintah ini menetapkan percetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini dilarang secara mutlak di Malaysia.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment