Write For Us

Kondom percuma di S'gor fitnah!, kata pegawai Azmin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
131 Views
Published
Kerajaan negeri Selangor menafikan akan memberikan kondom percuma kepada generasi muda bagi mengelak terdedah kepada penyakit HIV atau Aids, seperti yang tular di media sosial.
Setiausaha politik menteri besar Shuhaimi Shafiei berkata, ia ditularkan oleh pihak tidak bertanggungjawab, termasuk meletakkan gambar Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali, lapor Sinar Harian.
"Berita ini adalah fitnah semat-mata!
“Makin terdesak kaum dedak ini," beliau dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian, di Shah Alam hari ini.
Akhbar itu melaporkan, sejak beberapa hari lalu, berita itu tersebar sehingga mencetuskan polemik di kalangan masyarakat.
Pemberian kondom itu didakwa dilaksanakan bawah Skim Peduli Sihat yang hanya terdapat di Selangor.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment