Tiada tindakan saman daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan kos keseluruhan projek Transit Aliran Massa (MRT) sepanjang 150 km melebihi RM100 bilion, walaupun tempoh seminggu diberikan bermula Selasa lalu.
Itu kata Ahli Parlimen PKR-Pandan, Rafizi Ramli dalam sidang media secara langsung di Facebooknya hari ini.
Pada 20 Disember lalu, Rafizi mencabar Najib untuk mengambil tindakan saman jika beliau tersalah tentang kos pembangunan projek MRT.
Pada 19 Disember lalu, Najib menafikan dakwaan pembangkang yang kononnya projek MRT Laluan 1 Sungai Buloh-Kajang (SBK) menelan belanja RM100 bilion.
Pada Sabtu lalu, MRT dalam satu kenyataan menjelaskan kos pembinaan Transit Aliran Massa Lembah Klang (KVMRT) sebanyak RM40 bilion sudah tidak lagi relevan untuk dijadikan perbandingan kerana anggaran itu berdasarkan harga pada tahun 2009.
Kata MRT, kos itu juga tidak meliputi tren elektrik, sistem berkaitan serta pengambil alihan tanah-tanah.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment