Write For Us

Najib saman Tony Pua kerana fitnah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
127 Views
Published
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memfailkan saman fitnah terhadap Anggota Parlimen DAP Tony Pua berhubung kenyataan dalam klip video yang disiar di Facebook.
Saman tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, lapor Utusan Online.
Dalam pernyataan tuntutannya, Najib menyatakan Tony selaku defenden pada 6 April lalu, telah memuat naik rakaman Live Video (video langsung) selama dua minit 21 saat.
Video berkenaan bertajuk BN Govt. Abandons All Bills To Give Precedence To Pas RUU355 Private Member’s Bill di akaun Facebook Tony Pua pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat pada 6 April lalu.
Najib berkata, perkataan-perkataan tersebut antaranya membawa maksud, beliau telah menyalahgunakan kuasanya dengan memberi arahan kepada Yang di Pertua Dewan Rakyat agar memberi laluan kepada Ahli Parlimen Marang untuk mengusulkan Rang Undang-undang Persendirian (RUU) dan mengetepikan rang undang-undang lain.
Selain itu ia membawa maksud, pihak plaintif telah berkonspirasi dengan PAS untuk memecah undi Melayu di kalangan parti pembangkang dan merompak wang rakyat berkaitan urus niaga 1MBD.
Pihak plaintif, sehubungan itu menuntut ganti rugi am, ganti rugi tambahan dan ganti rugi teladan daripada pihak defendan untuk ditaksirkan oleh mahkamah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment