Write For Us

Konsesi 50 tahun Lebuhraya Pantai Barat munasabah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
128 Views
Published
Dewan Rakyat diberitahu hari ini bahawa tempoh 50 tahun perjanjian konsesi Lebuhraya Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan Banting ke Taiping adalah munasabah meskipun tempoh perjanjian itu agak panjang.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata ini kerana rundingan perjanjian itu telah mengambil kira pelbagai faktor termasuk soal kadar tol yang munasabah serta pulangan modal kepada pihak pelabur.
Projek WCE bernilai RM6.542 bilion dijangkasiap pada 2022, dua tahun lewat berbanding jadual asal pada April 2020, dan akan mula dibuka secara berperingkat bermula tahun depan.
WCE sepanjang 313 kilometer dari Banting, Selangor ke Changkat Jering, Perak, bakal memiliki 20 plaza tol, iaitu enam di laluan utama dan 14 di persimpangan bertingkat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment