Write For Us

Konsesi 30 tahun ERL dilanjutkan 30 tahun lagi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
94 Views
Published
Kerajaan telah melanjutkan kontrak konsesi 30 tahun Express Rail Link (ERL) selama 30 tahun lagi, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Karpawi
Beliau memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa lanjutan itu diberikan susulan tindakan kerajaan yang menolak permintaan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) untuk mengkaji semula tambang kereta api itu sebanyak tiga kali.
Beliau mendedahkan mengikut kontrak awal 30 tahun itu, yang akan tamat pada 2029, ERL berhak mengkaji semula tambang setiap lima tahun.
“Kontrak ini akan habis 2029, 30 tahun, tetapi oleh kerana kita buat perjanjian awal rejim dulu pada 2002, telah ada satu sistem, setiap lima tahun boleh review tambang, dia tak review tiga kali.
“Sampai 2016, kerajaan buat pendekatan, tambang kita bukakan, tapi kita letak siling (pada RM64), bila kita tidak benarkan kenaikan, sepatutnya kita beri pampasan, tapi kita panjangkan konsesi 30 tahun.
“Selepas 30 tahun, kerajaan tidak bayar lagi caj servis penumpang (PSC), selepas 2029, kerajaan tidak bayar lagi,” katanya semasa sesi soal jawab.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment