Write For Us

Konspirasi keluarga DAP: ’Saya tak saman Mastura’ - Loke

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
12 Views
Published
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke tidak berhasrat untuk menyaman Siti Mastura Muhammad (PN-Kepala Batas) berhubung kenyataan konspirasi keluarga DAP.

Walaupun dakwaan Mastura bahawa beliau mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng adalah tidak benar namun kenyataannya tidak mempunyai konotasi negatif, kata Loke di Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang, hari ini.

Namun Loke menganggap tindakan Guan Eng menyaman Mastura mempunyai asas kerana beliau dituduh mempunyai pertalian kekeluargaan dengan pengerusi Parti Komunis Malaya, Ong Boon Hua atau dikenali sebagai Chin Peng.

Sumber video:
https://www.facebook.com/DAPPulauPinang/videos/911650860685744
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment