Write For Us

'Kos ECRL kekal RM55 bilion'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
122 Views
Published
Kerajaan menegaskan kos bagi projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) kekal RM55 bilion, walaupun ada dakwaan ia akan meningkat sehingga RM70 bilion.
Ia berdasarkan The Edge Markets bulan lalu, yang melaporkan kenaikan itu selepas mengambil kira kos tambahan seperti pengambilan tanah dan pembinaan landasan berkembar sepanjang 688 km dari Pelabuhan Klang, Selangor ke Pengkalan Kubor, Kelantan.
Kementerian Kewangan berkata demikian dalam jawapan parlimen menjawab soalan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham yang meminta penjelasan berhubung isu tersebut.
Kementerian kewangan berkata, 85 peratus daripada kos projek akan dibiayai pinjaman mudah daripada Bank Exim China yang dijamin kerajaan manakala baki 15 peratus melalui sukuk atau bon Islamik yang diutuskan institusi kewangan tempatan.
Berhubung pembayaran semula, kementerian berkata ia akan dibuat menerusi pendapatan daripada operasi ECRL seperti kutipan tambang penumpang dan perkhidmatan kargo, dan pendapatan bukan operasi seperti pengiklanan dan peruncitan.
Pada minggu lalu, kementerian itu mengesahkan projek tersebut hanya akan menampilkan aturan landasan tunggal.
Namun trek keretapi itu akan dibina di atas 'formasi dua landasan', menurut jawatan bertulis parlimen kementerian itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment