Write For Us

PM dakwa projek ECRL akan cecah RM130 bilion

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
60 Views
Published
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan diteruskan pada skala yang sesuai apabila rundingan semula projek itu dengan China dimuktamadkan.
Mahathir juga menegaskan projek ECRL mungkin akan menelan kos sebanyak RM130 bilion
termasuk faedah yang ditanggung daripada pinjaman untuk membiayai projek itu.
Menjelas lanjut bagaimana beliau mendapat angka itu, Mahathir berkata dengan meneruskan projek ECRL pinjaman RM60 bilion akan dibuat dan untuk membayar balik pinjaman itu berserta faedah memerlukan selama 30 tahun.
Jsuteru sepanjang 30 tahun itu selepas ditambah berserta faedah jumlah keseluruhan akan mencecah lebih 100 bilion dengan anggaran sebanyak RM130 bilion.
ECRL adalah projek era BN yang mana bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata kos projek itu sebanyak RM55 bilion dan akan dibiayai oleh pinjaman dari China.
Kerajaan Pakatan Harapan kini sedang merunding semula projek itu dengan Beijing.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment