Write For Us

KPKT capai sasaran 85 peratus pelaksanaan 10 dari 12 inisiatif Belanjawan 2024 - Nga

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
20 Views
Published
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mencapai 85 peratus pelaksanaan 10 daripada 12 inisiatif yang tersenarai dalam Belanjawan 2024 setakat 21 Jun tahun ini, kata Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Nga berkata kementerian itu telah menetapkan 12 inisiatif Belanjawan KPKT 2024 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM737.9 juta dan daripada jumlah ini, 10 inisiatif telah mencapai lebih 85 peratus daripada sasaran yang ditetapkan dalam tempoh enam bulan sahaja.

Antara 10 inisiatif itu adalah menaik taraf tandas awam, program penukaran lampu jalan, menaik taraf pasar awam uzur, penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam, serta menaik taraf dan membaik pulih sistem perparitan dan longkang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment