Write For Us

Himpunan Akta 355: PAS yakin capai sasaran

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
118 Views
Published
PAS hari ini melahirkan keyakinan bahawa Himpunan Akta 355 yang diadakan esok akan mencapai sasarannya.
Malah, Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut berterima kasih kepada pihak berkuasa kerana membenarkan himpunan tersebut diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di Gombak.
Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan, PAS akan mengadakan himpunan mega bagi memberi penerangan tentang pindaan rang undang-undang Akta 355.
Himpunan itu dilaporkan akan turut disertai ratusan NGO yang menyokong pindaan berkenaan.
PAS turut mensasarkan seramai kira-kira 300,000 orang kehadiran yang terdiri daripada anggota parti, NGO dan orang ramai.
Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut dilaporkan akan menyertai himpunan berkenaan esok.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment