Write For Us

DAP, AMANAH, 'Malaikat' pun dijemput ke Himpunan Akta 355

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
139 Views
Published
Sempena himpunan Akta 355 pada 18 Februari depan, PAS selaku penganjur utama menjemput parti-parti politik untuk menyertai himpunan berkenaan termasuk DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Menurut Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan, surat jemputan kepada semua parti politik akan dihantar dan dijangkakan surat tersebut akan diterima pihak berkaitan dalam masa seminggu.
"Ya kita jemput semua, kita jemput semua. Malaikat pun kita jemput untuk hadir menaungi, memberi rahmat kepada kita. Surat akan dihantar sebab kita baru buat sidang media pada hari ini. Beri masa seminggu," katanya.
Beliau memberitahu pemberita demikian selepas sidang media Himpunan Akta 355 di Shah Alam hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment