Write For Us

Nazri bantah MCA, PAS ada hak anjur himpunan akta 355

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
130 Views
Published
MCA tidak boleh tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk menganjurkan himpunan mega bagi memberi penerangan kepada orang ramai terutamanya umat Islam tentang Akta 355.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata ini kerana ia adalah hak demokrasi kepada setiap rakyat di negara.
"Dia (MCA) tak boleh tidak bersetuju kerana ia adalah hak asasi setiap individu. Saya menteri undang2 yag telah diluluskan oleh parlimen Malaysia
"Kita ada undang-undang yang membenarkan mana-mana pihak menganjurkan perjumpaan secara beramai-ramai kerana saya percaya semua orang berhak berbuat demikian berdasarkan syarat yang telah ditetapkan," kata Nazr.
Nazri berkata demikian selepas hadir pada acara gemilang persembahan gendang 24 perayaan bagi mencipta rekod Malaysia Book of Records di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tsun Jin, Kuala Lumpur hari ini.
Semalam, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan akan menganjurkan himpunan mega untuk memberi penerangan kepada orang ramai terutamanya umat Islam tentang Akta 355.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment