Write For Us

KR1M 2.0 satu 'jenaka'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
94 Views
Published
Kerajaan BN sebelum ini mengilhamkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) pada 2011 dengan matlamat membantu rakyat berpendapatan rendah di kawasan bandar.
KR1M itu mendapat sambutan menggalakkan sehingga ia terpaksa diperluaskan sehingga ke luar bandar.
Dan itulah permulaan masalah yang perlu ditanggung Mydin Mohamed Holdings Sdn Bhd (Mydin) sehingga 'hayat' KR1M itu terpaksa ditamatkan pada Jun 2017.
Selepas gagalnya KR1M, Datuk Seri Najib Razak - yang ketika itu perdana menteri - mengumumkan penstrukturan semula kedai berkenaan, lalu lahirlah KR1M 2.0.
Dalam wawancara Malaysiakini, Pengarah Urusan Mydin Datuk Ameer Ali yang mempunyai pengalaman mengendalikan KR1M berpendapat, tindakan membuka KR1M 2.0 merupakan satu "jenaka".
Sebabnya kata Ameer, kedai berkenaan bukannya benar-benar menjual barangan pada harga rendah.
Malah, beliau turut mendakwa projek KR1M 2.0 sebagai satu pembaziran justeru ia tidak wajar berlaku.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment