Write For Us

Krisis Bersatu Perlis: Ameir Hassan beri amaran kepada ‘kepala-kepala’

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Pengerusi Bersatu Perlis Ameir Hassan memberi amaran untuk mengambil tindakan disiplin kepada ‘kepala-kepala’ yang didakwa cuba menjatuhkannya.
Memetik Sinar Harian, Ameir mendakwa mereka yang mahu menjatuhkannya bukan mewakili parti atau akar umbi.
Menurut Ameir lagi, bukan dasar parti untuk kumpul dan membuat desakan justeru tindakan disiplin akan diambil kepada yang terlibat.
Semalam, Utusan Malaysia melaporkan kemelut dalaman Bersatu Perlis makin parah dengan Ameir didesak meletakkan jawatan oleh hampir keseluruhan kepemimpinan bahagian, cawangan dan sayap-sayap.
Kesemua mereka diketuai Timbalan Pengerusi Bersatu negeri Izizam Ibrahim mengadakan sidang akhbar di Kangar bagi menyatakan hilang kepercayaan kepada Ameir.
Izizam berkata hampir separuh ahli jawatankuasa Arau menandatangani petisyen memohon Majlis Pimpinan Pusat menggantikan Ameir manakala Kangar dan Padang Besar menghantar memorandum dan aduan.
Dalam laporan Sinar Harian yang sama, Ameir dilaporkan tidak akan tunduk pada sebarang desakan mahupun melayan permintaan sesetengah pihak dalam parti itu yang mahu beliau melepaskan jawatan.
Beliau mendakwa desakan itu datang daripada “askar upahan” pihak tertentu dan mengugut mengambil tindakan disiplin terhadap pihak yang terlibat.
Beliau juga menyifatkan Izizam tidak layak untuk bercakap kerana beliau sedang melalui proses siasatan disiplin bahagian Padang Besar.
Krisis Bersatu meledak selepas Wan Saiful menyerang kepimpinan negeri selepas dipecat oleh Ameir baru-baru ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment