Write For Us

Lambaian gembira Anwar ketika keluar dari Mahkamah Rayuan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
155 Views
Published
Bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat melambai tangan ke arah penyokongnya di luar perkarangan Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini.
Terdahulu, mahkamah membenarkan beliau membangkitkan dua persoalan undang-undang berkaitan cabarannya terhadap bidang kuasa Lembaga Pengampunan dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.
Hakim juga mengarahkan kes berkenaan didengar di mahkamah tinggi. Pengurusan bagi kes berkenaan ditetapkan pada 2 Februari ini.
Keputusan sebulan suara itu dibuat tiga hakim diketuai Datuk Rohana Yusuf, Dua lagi hakim ialah Datuk Seri Zakaria Sam dan Datuk Mary Lim.
Ekoran keputusan itu, Anwar menyatakan rasa lega dan syukurnya.
Sebelum ini tanggapan meluas mengenai Lembaga Pengampunan ialah keputusannya tidak boleh dipertikaikan.
Bagaimanapun, Anwar membangkitkan persoalan undang-undang berdasarkan kes di United Kingdom dan pindaan Artikel 40 (1A) Perlembagaan Persekutuan pada 1994.
Peguam Anwar, N Surendran, berkata keputusan itu mempunyai implikasi besar bahawa Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan mereka, keputusan Lembaga Pengampunan boleh dipersoalkan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment