Write For Us

Lambang 'mata' memang Anwar kena tumbuk

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
123 Views
Published
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan logo PKR ibarat lebam pada mata suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga menurutnya adalah simbol dalam melawan BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Kata Presiden PKR itu, rakyat harus memberikan undi kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) sebagai tanda melawan kezaliman yang berlaku terhadap Anwar.
“Undilah Pakatan Harapan (HARAPAN) yang nampak macam biji mata ni. Anwar Ibrahim, lambang mata ni memang dia kena tumbuk,” kata Wan Azizah disambut tepukan hadirin dalam ceramah HARAPAN di Pengkalan Kundur, Kuala Kedah malam tadi.
Keempat-empat parti komponen HARAPAN akan menggunakan logo PKR pada PRU14 pada 9 Mei ini setelah pakatan pembangkang itu gagal didaftar Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Menceritakan kembali detik suaminya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998, Presiden PKR berkata ketika itu polis menyerbu rumahnya untuk menahan Anwar.
Wan Azizah yang mesra di sapa Kak Wan berkata, beliau ke Balai Polis Bukit Aman dengan berkaki ayam dan meminta anggota polis tidak mengapa-apakan suaminya.
Bagaimanapun, kata Wan Azizah, beliau mendapat tahu Anwar telah dibelasah.
Calon timbalan perdana menteri HARAPAN itu turut berterima kasih kepada anggota polis bawahan yang berbesar hati mengelap darah Anwar.
Justeru, Wan Azizah menyeru semua pihak melawan kezaliman dengan memberikan undi kepada HARAPAN.
Ceramah malam tadi dihadiri lebih 400 orang pengunjung pelbagai peringkat umur dan bangsa yang rata-ratanya bersorak apabila menyambut ketibaan Wan Aziah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment